Entri yang Menarik

Friday 22 July 2011

CHECKLIST Untuk Penggemar Memancing

  Sebelum memulakan langkah anda untuk memancing, anda mungkin telah pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Sebelum meninggalkan rumah, anda juga mestilah telah bersedia bukan hanya sekadar untuk menangkap ikan sahaja. Berikut adalah checklist (senarai semak) yang anda tidak terfikir tetapi juga perlu disamping rod, reel, toolbox, but kalis air dan vest anda.





(1) First-aid Kit

Bawa bersama first-aid kit secukup yang anda ada, tidak kisah sekecil mana asalkan lengkap. Bawa bersama buku panduan jika perlu, sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan awal jika terkena sengat ikan, kaki terseliuh, luka yang besar dan sebagainya sebelum ke klinik berdekatan.

(2) Insect Repellent
Bawa bersama insect repellent atau ubat nyamuk kerana mungkin perlu terutama bagi anda yang gemar memancing pada waktu malam atau di dalam hutan (kadang-kadang belukar)

(3)Sunglasses
Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa sunglasses anda berguna sebagai pelindung mata daripada ranting kayu ketika meredah belukar atau serangga terbang selain daripada melindungi mata daripada cahaya matahari ketika memancing di lombong atau tepi pantai.

(4)Topi
Samada cap atau topi penuh ianya sama penting terutama bagi anda yang gemar memancing di kawasan terbuka seperti lombong dan pantai, kerana sekurang-kurangnya dapat melindungi daripada panas matahari (tidak termasuk panas hati sebab tak dapat ikan)

(5) Sunblock atau sunscreen lotion

Sangat penting untuk disapukan pada kulit yang terdedah kepada matahari kerana anda sebenarnya terdedah kepada penyakit kanser kulit. Menurut kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, cahaya matahari zaman ini adalah salah satu agen aktif kanser kulit yang menyerang manusia. Sayangilah diri anda!

(6)Kamera
Antara elemen yang terpenting atau sekurang-sekurangnya handphone yang ada kamera, untuk snapshot gambar-gambar anda bersama hasil tangkapan (member anda punya hasil tangkapan pun tak kisahlah, yang penting gaya.. Ehe) sebab gambar-gambar itu nanti boleh di upload dalam web ini sebagai bahan bukti.

(7) Suvival Kit
Terdiri daripada mancis (lighter pun ok), tuala kecil dan pisau Swiss Army. Kit seperti ini perlu ketika anda berada di dalam situasi yang tidak dijangka. Boleh lah anda berlakon macam McGuyver.

(8) Baju Hujan
Perlu ke, anda bukannya hendak memancing di dalam hujan pun kan. Tetapi ianya sangat berguna terutama bagi anda yang memancing di lokasi yang jauh dari kereta. Tak perlu yang mahal, baju hujan nipis berharga RM2 pun sudah memadai. Lipatkan elok-elok dan letakkan di dalam toolbox anda. Sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan anda sebelum berlari ke kereta.

(9) Air Kosong
Selain daripada diminum ketika dahaga (memancing memakan masa yang lama kan) ia juga boleh dijadikan sebagai agen pembersih selepas melepas hajat terutama yang memancing di jeti atau pantai (terutama kepada pemancing sembilang) yang tiada kemudahan air bersih.

(10)Tuala
Terpulang kecil atau sederhana. Ia boleh dijadikan pelindung kepala, mengelap peluh, pelapik tempat duduk atau alat penghalau serangga. Ketika cuaca panas, lembabkan tuala dan letakkan di leher atau kepala anda.

Sila Tekan Like Bagi Menandakan Anda Sudah Membaca Entri

0 comments:

Post a Comment

Entri Menarik di Blog Lain